WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

Search This Blog

Thursday, February 24, 2011

MACOBANITA kumpul dana RM90,000


BH - 2011/02/24 | SEJUMLAH RM90,000 berjaya dikutip pada Majlis Minum Petang dan Pertunjukan Fesyen anjuran Malay College Old Boys Association Wanita (MACOBANITA) di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Kutipan dana diperoleh akan disumbangkan kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) untuk membaiki kemudahan dan prasarana sekolah yang kebanyakannya sudah usang.


Presiden MCOBANITA, Datin Norzihan Ahmad Latt (dlm gambar), berkata selain itu sumbangan itu juga sebagai permulaan permulaan projek anak angkat Prep School MCKK dan Penubuhan The Malay College Acoustic and String Ensemble

Katanya, tahun ini MCKK genap 106 tahun, banyak peralatan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diperbaiki. 


Beliau berkata, ketika mengadakan lawatan dan meninjau persekitaran sekolah beliau mendapati pelajar terpaksa menjalani rutin dalam keadaan tidak selesa memandangkan bangunannya yang sudah lama. 


“Bagi meningkatkan kemudahan sedia ada, MCOBANITA mengambil inisiatif menganjurkan majlis ini untuk mengutip dana. 

"Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya melakukan beberapa penambahbaikan termasuk mengecat bangunan asrama Prep School dan menukar kelengkapan di Common Room," katanya. 


Majlis itu dihadiri Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.